CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, February 3, 2009

Pengenalan.


Multimedia ialah satu perkataan yang sering kita dengar pada masa sekarang apabila kita memperkatakan tentang komputer, lebih-lebih lagi komputer dalam pendidikan. Sebenarnya, multimedia sudah lama digunakan dengan meluasnya dalam pendidikan, cuma istilah ‘multimedia’ tidak wujud sehingga beberapa tahun ini. Pada hakikatnya, teks, grafik, bunyi dan video sudah lama digunakan untuk mempersembahkan sesuatu konsep atau topik dalam sesuatu mata pelajaran. Sehingga awal tahun 90an umpamanya, video dan cakera laser masih luas dipergunakan di sekolah-sekolah di Amerika Syarikat. Keadaan semakin berubah dalam dua tiga tahun ini di mana komputer menjadi semakin canggih dan sistem komputer itu dikatakan tidak lengkap tanpa pemacu cakera padat (pemacu CD-ROM).
Dalam era multimedia ini, adalah lebih penting bagi kita untuk melihat kepada cara-cara penggunaan multimedia untuk bukan sahaja memberi pengetahuan yang lebih tetapi juga untuk menggerakkan minda pelajar supaya tercetusnya idea-idea baru yang akan memberi pengetahuan baru kepada mereka. Untuk menggunakan teknologi bagi tujuan-tujuan pendidikan dan latihan, amatlah penting bagi kita untuk memisahkan alat, iaitu sistem multimedia, dari kaedah persembahan maklumat yang terdapat pada sistem tersebut, iaitu hipermedia. Sesungguhnya kewujudan sistem yang canggih tidak akan memberi manfaat kepada sesiapa jika ianya tidak menggunakan kaedah yang betul untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada penggunanya.
Secara umumnya, Menurut Walter Oleksy (1995) dalam bukunya The Information Revolution: Education & Learning, multimedia didefinisikan sebagai perkataan teknologi untuk perkakasan ( hardware) dan perisian (software) yang membawa bersama-sama berjenis-jenis media teks, ilustrasi-ilustrasi, gambarfoto-gambarfoto, animasi , suara, bunyi pada sesebuah komputer.






PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PELBAGAI BIDANG.

BIDANG PENDIDIKAN.




Dewasa ini, sistem pendidikan di dunia telah mengalami perubahan yang sangat pesat akibat daripada perkembangan teknologi maklumat dan multimedia. Oleh itu, pelbagai kaedah baru telah diperkenal serta digunakan supaya pengajaran seorang guru menjadi lebih berkesan dan pembelajaran seseorang murid menjadi lebih bermakna. Sejak beberapa tahun yang lalu, kaedah pembelajaran dan pengajaran berbentuk komputer telah diperkenalkan dan kini era teknologi komunikasi dan maklumat yang semakin pesat telah mendapat perhatian ramai. Perkembangan dalam teknologi multimedia pula menjanjikan potensi besar dalam merubah cara seseorang belajar, cara memperolehi maklumat, cara menyesuaikan setiap maklumat dan sebagainya. Multimedia juga menyediakan pelbagai peluang kepada para pendidik mengaplikasikan teknik pengajaran dan para pelajar memegang kuasa kawalan bagi sesuatu sesi pembelajaran. Pelajar juga berpeluang untuk menentukan teknik belajar bersesuaian dengan mereka, membentuk pengetahuan berasaskan keperluan masing-masing serta mengalami suasana pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan. Sumber maklumat dan teks tidak terikat dengan buku semata-mata bahkan maklumat dapat diperolehi secara meluas dengan adanya kemudahan multimedia.Kehadiran teknologi multimedia menerusi internet dapat menambahkan lagi kemampuan proses capaian maklumat dalam pelbagai bentuk dan pendekatan dapat dicapai dengan mudah dan cepat.

Peranan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan di Malaysia amat penting terutamanya pada masa kini. Penggunan perisian multimedia pendidikan dalam proses pembelajaran dan pengajaran juga dapat perhatian daripada pihak kerajaan dan ianya semakin ketara pada tahun 2001. Keadaan ini dapat dilihat apabila penggunaan bahasa Inggeris dalam matapelajaran Sains dan Matematik di sekolah dilaksanakan, perisian multimedia pendidikan semakin diyakini keberkesanannya dalam membantu para guru dan juga pelajar. Berbekalkan komputer riba atau Notebook dan projektor LCD yang dibekalkan , para guru boleh memanfaatkan ianya secara optima didalam proses pembelajaran dan pengajaran.

Multimedia dapat menangani permasalahan ini dengan menyelitkan unsur-unsur yang melibatkan penggunaan pelbagai deria seperti audio, video, animasi, teks dan grafik kedalam satu medium komunikasi. Pembangunan teknologi multimedia yang menekankan kepada unsur pembelajaran interaktif juga telah membawa persepsi baru dalam era penggunaan komputer dalam bidang pendidikan. Penngunaan teknologi multimedia dalam bidang pendidikan juga membolehkan informasi dalam jumlah yang besar disalurkan untuk kegunaan pelajar. Informasi tersebut boleh dicapai serta digunakan mengikut penetapan masa dan tempat pelajar itu sendiri. Multimedia juga dikatakan dapat menjadi medium komunikasi yang efektif dan positif kerana teks,audio,video, serta animasi yang pelbagai warna dan corak mampu dipaparkan di dalam sebuah skrin pada suatu masa yang sama.






BIDANG PERNIAGAAN.
Teknologi yang relevan boleh memberikan impak positif jika digunakan dalam sesebuah perniagaan. Selain menjadi komponen penting dalam perniagaan, perhubungan harmoni di antara teknologi dan perniagaan harus diwujudkan. Malah, jika penggunaan teknologi diabaikan, perniagaan akan hilang daya saing samada di peringkat tempatan dan global.
Merujuk kepada kelebihan teknologi ,wujud angin perubahan dari segi persaingan samada dalam dan luar negara. Jadi, syarikat perlu menggunakan teknologi untuk meningkatkan hasil, mengurangkan kos operasi, meningkatkan kepuasan pelanggan, rakan kongsi dan pekerja. Selain membantu dalam peningkatan hasil, penggunaan teknologi juga dapat mengembangkan capaian ke negara lain apabila wujudnya teknologi canggih seperti Internet dan e-dagang. Persoalannya sekarang, bagaimana teknologi boleh digunakan pakai untuk membantu perniagaan menjadi lebih cekap.
Bagaimanapun, reliti kejayaan sesebuah perniagaan tidak tertakluk kepada teknologi semata-mata. Namun, syarikat perlu mempunyai asas perniagaan yang baik dalam ekonomi baru kerana model perniagaan yang baik dari segi kewangan akan berjaya. Teknologi pada asasnya hanya membantu dan pengusaha tidak boleh lari daripada kenyataan bahawa perniagaan perlu asas dan model yang baik. Contohnya, model terbaru seperti 'brick and click' sekali pun perlu asas perniagaan yang baik untuk dijalankan. Jika tiada model perniagaan yang baik untuk digabungkan dengan inovasi dan teknologi pintar, maka perniagaan itu tidak akan berjaya.

0 comments: