CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, April 5, 2009

Elemen-elemen media.



Bitmap imej.






Vektor imej.



GRAFIK.

Grafik merupakan antara media paling utama digunakan bagi memperlihatkan keterampilan sesebuah aplikasi media integratif. Grafik boleh ditaksirkan sebagai sebahagian daripada gambar, lukisan klip, gambar foto, dan lukisan garisan yang digunakan untuk menghasilkan latar belakang kandungan, maklumat dan kawalan pencarian di dalam produk media integratif. Selain itu, grafik juga memberi maksud penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak dapat atau sukar diterangkan oleh teks. Grafik berperanan sebagai untuk menambah daya tarikan kepada sesuatu paparan dan persembahan media integratif.
Grafik berkomputer pula merujuk kepada imej yang di hasilkan menggunakan komputer. Terdapat beberapa kepentingan grafik, antaranya ialah grafik penting kerana paparan visual grafik mampu menyampaikan sesuatu maklumat yang lebih berkesan. Selain itu, grafik juga penting untuk individu yang menerimanya dapat menangkap maklumat atau mesej yang ingin disampaikan dengan jelas, tepat dan konsisten berbanding penggunaan teks secara bersendirian. Justeru, grafik boleh dikategorikan kepada 2 kumpulan yang utama iaitu imej raster @ bitmap dan imej vektor. Secara amnya, terdapat 3 kaedah bagi menghasilkan imej jenis bitmap iaitu dihasilkan dari awal dengan menggunakan perisian lukisan berasaskan komputer, menggunakan kaedah menangkap imej terus dari skrin, dan menggunakan pengimbas (scanner), kamera digital atau video capture. Antara perisian grafik yang digunakan untuk mengedit imej bitmap ialah Adobe Photoshop, Corel Photo Paint, Corel Draw, dan Paint Shop Pro.
Kelebihan imej bitmap ialah sesuai digunakan sekiranya tahap imej yang agak mendalam serta kualiti paparan imej seperti mana di dalam kehidupan yang sebenar diperlukan. Manakala, kelemahan imej bitmap ialah proses penukaran saiz atau skala sesebuah imej bitmap sebenarnya akan mewujudkan masalah pada kualiti imej tersebut. Terdapat beberapa format fail imej bitmap, antaranya ialah BMP, PICT, GIF,dan JPEG. Manakala, grafik vektor pula dikenali sebagai grafik berstruktur atau grafik berorientasikan objek. Contoh perisian pengeditan imej vektor adalah seperti Macromedia Freehand, Adobe Illustrator, dan Fractal Design Expression. Kelebihan imej vektor adalah membolehkan sebuah imej yang kompleks disimpan sebagai satu fail yang tidak memerlukan ruang storan yang besar. Manakala, kelemahan imej vektor adalah semakin kompleks imej yang dilukis, semakin besar saiz failnya dan semakin lambat untuk ianya di paparkan pada skrin. Format fail imej vektor adalah seperti CDR, CGM, DRW dan DXF.

AUDIO.
Audio ialah kesan bunyi yang ringkas dan ianya dikeluarkan daripada gelombang -gelombang melalui udara. Selain itu, audio berfungsi memudahkan penerangan mengenai sesuatu konsep yang sukar untuk diterangkan melalui penggunaan teks atau grafik semata-mata. Tujuan audio adalah mampu bertindak sebagai panduan kepada pengguna dan juga mampu meningkatkan minat serta mengekalkan penumpuan seseorang pennguna. Secara asasnya, semasa kita mendengar kita sebenarnya sedang merasai perubahan tekanan udara di sekeliling kita. Perubahan ini diterima oleh gegendang telinga dan kemudiannya diterjemahkan sebagai isyarat bunyi oleh otak kita. Kekuatan bunyi yang diterima dikenali sebagai amplitud dan diukur dalam unit decibels.(dB). Manakala, kadar perubahan tekanan udara tersebut pula dinamakan pitch. Secara ringkasnya, audio atau bunyi disebarkan oleh getaran molekul atau udara di sekeliling kita. Getaran ini kemudiannya, dikenali sebagai gelombang audio. Terdapat 2 jenis audio, iaitu audio digital dan audio analog. Perkembangan teknologi telah membolehkan kaedah penyimpanan yang hampir sama digunakan bagi audio analog dan audio digital.Namun, tidak semua kaedah penyimpanan data tersebut adalah sama dan serasi. Terdapat 2 teknologi yang digunakan antaranya ialah, ADC (analog digital converter) dan DAC (digital analog converter).Terdapat 3 faktor utama yang mempengaruhi kualiti sesuatu rakaman audio digital iaitu kadar sample, saiz sample dan saluran. Antara format fail audio adalah seperti WAV, AU, SND, MP3, RIFF,dan MIDI. Terdapat 2 kaedah utama penyimpanan data audio digital iaitu, secara gelombang (Waveform audio) dan Musical Instrument Digital Interface( MIDI).


VIDEO.
Video merupakan salah satu elemen multimedia. Video boleh di bahagikan kepada 2 jenis iaitu, video analog dan video digital. Video analog merupakan video yang disimpan dalam bentuk isyarat video televisyen, video tape, filem atau media yang bukan berkomputer. Kelemahan video analog adalah ianya sering mengalami masalah seperti kecairan warna, gambar yang kurang jelas dan kejatuhan kualiti akibat sering digunakan atau disimpan dalam tempoh masa yang lama. Oleh itu, terdapat 2 jenis piawaian utama bagi video analog, antaranya ialah PAL ( Phase Alternating Line) dan NTSC ( National Television System Committee). Kedua-dua piawaian ini boleh ditukar sesama sendiri, tetapi kebiasaannya proses pertukaran ini menyebabkan penurunan kualiti.
Video digital pula, adalah isyarat video analog yang telah didigitalkan dalam bentuk format numerik. Proses menukarkan isyarat video analog kepada video digital menggunakan Analog to Digital Converter(ADC). Manakala, Digital to Analog Converter (DAC) digunakan untuk menukarkan isyarat video digital kepada video analog. Kelebihan utama video digital ialah kualitinya yang kekal sepanjang masa dan tidak mempunyai sebarang masalah besar apabila disimpan dalam tempoh yang lama. Terdapat beberapa format video, antaranya ialah seperti MPEG (Motion Picture Expert Group), Intel Video Interactive (IVI), Cinepak, Apple 's Quick Time dan Microsoft Video For Windows (AVI).



ANIMASI.





Animasi berasal dari perkataan Latin yang membawa maksud dihidupkan. Menurut Kamus Dewan, animasi didefinisikan sebagai satu perbuatan atau proses menjadikan sesuatu agar kelihatan hidup. Secara amnya, dapatlah dikatakan animasi adalah satu proses menghidupkan atau memberikan gambaran bergerak kepada sesuatu yang statik agar kelihatan hidup dan dinamik. Animasi adalah paparan urutan lakaran yang setiap satunya terdapat sedikit perbezaan untuk menghasilkan satu pergerakan secara berterusan. (Simon,1995). Justeru, teknologi animasi banyak digunakan dalam bidang pengiklanan, arkeologi, seni bina, bidang kimia, pendidikan, kejuruteraan, filem dan hiburan, simulasi penerbangan dan perubatan. Animasi berlaku disebabkan oleh fenomena biologikal yang dikenali sebagai " persistence of vision".






Publish Post

0 comments: