CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, April 5, 2009

Elemen-elemen media.



Bitmap imej.






Vektor imej.



GRAFIK.

Grafik merupakan antara media paling utama digunakan bagi memperlihatkan keterampilan sesebuah aplikasi media integratif. Grafik boleh ditaksirkan sebagai sebahagian daripada gambar, lukisan klip, gambar foto, dan lukisan garisan yang digunakan untuk menghasilkan latar belakang kandungan, maklumat dan kawalan pencarian di dalam produk media integratif. Selain itu, grafik juga memberi maksud penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak dapat atau sukar diterangkan oleh teks. Grafik berperanan sebagai untuk menambah daya tarikan kepada sesuatu paparan dan persembahan media integratif.
Grafik berkomputer pula merujuk kepada imej yang di hasilkan menggunakan komputer. Terdapat beberapa kepentingan grafik, antaranya ialah grafik penting kerana paparan visual grafik mampu menyampaikan sesuatu maklumat yang lebih berkesan. Selain itu, grafik juga penting untuk individu yang menerimanya dapat menangkap maklumat atau mesej yang ingin disampaikan dengan jelas, tepat dan konsisten berbanding penggunaan teks secara bersendirian. Justeru, grafik boleh dikategorikan kepada 2 kumpulan yang utama iaitu imej raster @ bitmap dan imej vektor. Secara amnya, terdapat 3 kaedah bagi menghasilkan imej jenis bitmap iaitu dihasilkan dari awal dengan menggunakan perisian lukisan berasaskan komputer, menggunakan kaedah menangkap imej terus dari skrin, dan menggunakan pengimbas (scanner), kamera digital atau video capture. Antara perisian grafik yang digunakan untuk mengedit imej bitmap ialah Adobe Photoshop, Corel Photo Paint, Corel Draw, dan Paint Shop Pro.
Kelebihan imej bitmap ialah sesuai digunakan sekiranya tahap imej yang agak mendalam serta kualiti paparan imej seperti mana di dalam kehidupan yang sebenar diperlukan. Manakala, kelemahan imej bitmap ialah proses penukaran saiz atau skala sesebuah imej bitmap sebenarnya akan mewujudkan masalah pada kualiti imej tersebut. Terdapat beberapa format fail imej bitmap, antaranya ialah BMP, PICT, GIF,dan JPEG. Manakala, grafik vektor pula dikenali sebagai grafik berstruktur atau grafik berorientasikan objek. Contoh perisian pengeditan imej vektor adalah seperti Macromedia Freehand, Adobe Illustrator, dan Fractal Design Expression. Kelebihan imej vektor adalah membolehkan sebuah imej yang kompleks disimpan sebagai satu fail yang tidak memerlukan ruang storan yang besar. Manakala, kelemahan imej vektor adalah semakin kompleks imej yang dilukis, semakin besar saiz failnya dan semakin lambat untuk ianya di paparkan pada skrin. Format fail imej vektor adalah seperti CDR, CGM, DRW dan DXF.

AUDIO.
Audio ialah kesan bunyi yang ringkas dan ianya dikeluarkan daripada gelombang -gelombang melalui udara. Selain itu, audio berfungsi memudahkan penerangan mengenai sesuatu konsep yang sukar untuk diterangkan melalui penggunaan teks atau grafik semata-mata. Tujuan audio adalah mampu bertindak sebagai panduan kepada pengguna dan juga mampu meningkatkan minat serta mengekalkan penumpuan seseorang pennguna. Secara asasnya, semasa kita mendengar kita sebenarnya sedang merasai perubahan tekanan udara di sekeliling kita. Perubahan ini diterima oleh gegendang telinga dan kemudiannya diterjemahkan sebagai isyarat bunyi oleh otak kita. Kekuatan bunyi yang diterima dikenali sebagai amplitud dan diukur dalam unit decibels.(dB). Manakala, kadar perubahan tekanan udara tersebut pula dinamakan pitch. Secara ringkasnya, audio atau bunyi disebarkan oleh getaran molekul atau udara di sekeliling kita. Getaran ini kemudiannya, dikenali sebagai gelombang audio. Terdapat 2 jenis audio, iaitu audio digital dan audio analog. Perkembangan teknologi telah membolehkan kaedah penyimpanan yang hampir sama digunakan bagi audio analog dan audio digital.Namun, tidak semua kaedah penyimpanan data tersebut adalah sama dan serasi. Terdapat 2 teknologi yang digunakan antaranya ialah, ADC (analog digital converter) dan DAC (digital analog converter).Terdapat 3 faktor utama yang mempengaruhi kualiti sesuatu rakaman audio digital iaitu kadar sample, saiz sample dan saluran. Antara format fail audio adalah seperti WAV, AU, SND, MP3, RIFF,dan MIDI. Terdapat 2 kaedah utama penyimpanan data audio digital iaitu, secara gelombang (Waveform audio) dan Musical Instrument Digital Interface( MIDI).


VIDEO.
Video merupakan salah satu elemen multimedia. Video boleh di bahagikan kepada 2 jenis iaitu, video analog dan video digital. Video analog merupakan video yang disimpan dalam bentuk isyarat video televisyen, video tape, filem atau media yang bukan berkomputer. Kelemahan video analog adalah ianya sering mengalami masalah seperti kecairan warna, gambar yang kurang jelas dan kejatuhan kualiti akibat sering digunakan atau disimpan dalam tempoh masa yang lama. Oleh itu, terdapat 2 jenis piawaian utama bagi video analog, antaranya ialah PAL ( Phase Alternating Line) dan NTSC ( National Television System Committee). Kedua-dua piawaian ini boleh ditukar sesama sendiri, tetapi kebiasaannya proses pertukaran ini menyebabkan penurunan kualiti.
Video digital pula, adalah isyarat video analog yang telah didigitalkan dalam bentuk format numerik. Proses menukarkan isyarat video analog kepada video digital menggunakan Analog to Digital Converter(ADC). Manakala, Digital to Analog Converter (DAC) digunakan untuk menukarkan isyarat video digital kepada video analog. Kelebihan utama video digital ialah kualitinya yang kekal sepanjang masa dan tidak mempunyai sebarang masalah besar apabila disimpan dalam tempoh yang lama. Terdapat beberapa format video, antaranya ialah seperti MPEG (Motion Picture Expert Group), Intel Video Interactive (IVI), Cinepak, Apple 's Quick Time dan Microsoft Video For Windows (AVI).



ANIMASI.





Animasi berasal dari perkataan Latin yang membawa maksud dihidupkan. Menurut Kamus Dewan, animasi didefinisikan sebagai satu perbuatan atau proses menjadikan sesuatu agar kelihatan hidup. Secara amnya, dapatlah dikatakan animasi adalah satu proses menghidupkan atau memberikan gambaran bergerak kepada sesuatu yang statik agar kelihatan hidup dan dinamik. Animasi adalah paparan urutan lakaran yang setiap satunya terdapat sedikit perbezaan untuk menghasilkan satu pergerakan secara berterusan. (Simon,1995). Justeru, teknologi animasi banyak digunakan dalam bidang pengiklanan, arkeologi, seni bina, bidang kimia, pendidikan, kejuruteraan, filem dan hiburan, simulasi penerbangan dan perubatan. Animasi berlaku disebabkan oleh fenomena biologikal yang dikenali sebagai " persistence of vision".






Publish Post

Tuesday, February 10, 2009

JENIS-JENIS TULISAN



Thursday, February 5, 2009

Penggunaan Teks Di dalam Iklan dan Poster
























Tuesday, February 3, 2009

Pengenalan.


Multimedia ialah satu perkataan yang sering kita dengar pada masa sekarang apabila kita memperkatakan tentang komputer, lebih-lebih lagi komputer dalam pendidikan. Sebenarnya, multimedia sudah lama digunakan dengan meluasnya dalam pendidikan, cuma istilah ‘multimedia’ tidak wujud sehingga beberapa tahun ini. Pada hakikatnya, teks, grafik, bunyi dan video sudah lama digunakan untuk mempersembahkan sesuatu konsep atau topik dalam sesuatu mata pelajaran. Sehingga awal tahun 90an umpamanya, video dan cakera laser masih luas dipergunakan di sekolah-sekolah di Amerika Syarikat. Keadaan semakin berubah dalam dua tiga tahun ini di mana komputer menjadi semakin canggih dan sistem komputer itu dikatakan tidak lengkap tanpa pemacu cakera padat (pemacu CD-ROM).
Dalam era multimedia ini, adalah lebih penting bagi kita untuk melihat kepada cara-cara penggunaan multimedia untuk bukan sahaja memberi pengetahuan yang lebih tetapi juga untuk menggerakkan minda pelajar supaya tercetusnya idea-idea baru yang akan memberi pengetahuan baru kepada mereka. Untuk menggunakan teknologi bagi tujuan-tujuan pendidikan dan latihan, amatlah penting bagi kita untuk memisahkan alat, iaitu sistem multimedia, dari kaedah persembahan maklumat yang terdapat pada sistem tersebut, iaitu hipermedia. Sesungguhnya kewujudan sistem yang canggih tidak akan memberi manfaat kepada sesiapa jika ianya tidak menggunakan kaedah yang betul untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada penggunanya.
Secara umumnya, Menurut Walter Oleksy (1995) dalam bukunya The Information Revolution: Education & Learning, multimedia didefinisikan sebagai perkataan teknologi untuk perkakasan ( hardware) dan perisian (software) yang membawa bersama-sama berjenis-jenis media teks, ilustrasi-ilustrasi, gambarfoto-gambarfoto, animasi , suara, bunyi pada sesebuah komputer.






PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PELBAGAI BIDANG.

BIDANG PENDIDIKAN.




Dewasa ini, sistem pendidikan di dunia telah mengalami perubahan yang sangat pesat akibat daripada perkembangan teknologi maklumat dan multimedia. Oleh itu, pelbagai kaedah baru telah diperkenal serta digunakan supaya pengajaran seorang guru menjadi lebih berkesan dan pembelajaran seseorang murid menjadi lebih bermakna. Sejak beberapa tahun yang lalu, kaedah pembelajaran dan pengajaran berbentuk komputer telah diperkenalkan dan kini era teknologi komunikasi dan maklumat yang semakin pesat telah mendapat perhatian ramai. Perkembangan dalam teknologi multimedia pula menjanjikan potensi besar dalam merubah cara seseorang belajar, cara memperolehi maklumat, cara menyesuaikan setiap maklumat dan sebagainya. Multimedia juga menyediakan pelbagai peluang kepada para pendidik mengaplikasikan teknik pengajaran dan para pelajar memegang kuasa kawalan bagi sesuatu sesi pembelajaran. Pelajar juga berpeluang untuk menentukan teknik belajar bersesuaian dengan mereka, membentuk pengetahuan berasaskan keperluan masing-masing serta mengalami suasana pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan. Sumber maklumat dan teks tidak terikat dengan buku semata-mata bahkan maklumat dapat diperolehi secara meluas dengan adanya kemudahan multimedia.Kehadiran teknologi multimedia menerusi internet dapat menambahkan lagi kemampuan proses capaian maklumat dalam pelbagai bentuk dan pendekatan dapat dicapai dengan mudah dan cepat.

Peranan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan di Malaysia amat penting terutamanya pada masa kini. Penggunan perisian multimedia pendidikan dalam proses pembelajaran dan pengajaran juga dapat perhatian daripada pihak kerajaan dan ianya semakin ketara pada tahun 2001. Keadaan ini dapat dilihat apabila penggunaan bahasa Inggeris dalam matapelajaran Sains dan Matematik di sekolah dilaksanakan, perisian multimedia pendidikan semakin diyakini keberkesanannya dalam membantu para guru dan juga pelajar. Berbekalkan komputer riba atau Notebook dan projektor LCD yang dibekalkan , para guru boleh memanfaatkan ianya secara optima didalam proses pembelajaran dan pengajaran.

Multimedia dapat menangani permasalahan ini dengan menyelitkan unsur-unsur yang melibatkan penggunaan pelbagai deria seperti audio, video, animasi, teks dan grafik kedalam satu medium komunikasi. Pembangunan teknologi multimedia yang menekankan kepada unsur pembelajaran interaktif juga telah membawa persepsi baru dalam era penggunaan komputer dalam bidang pendidikan. Penngunaan teknologi multimedia dalam bidang pendidikan juga membolehkan informasi dalam jumlah yang besar disalurkan untuk kegunaan pelajar. Informasi tersebut boleh dicapai serta digunakan mengikut penetapan masa dan tempat pelajar itu sendiri. Multimedia juga dikatakan dapat menjadi medium komunikasi yang efektif dan positif kerana teks,audio,video, serta animasi yang pelbagai warna dan corak mampu dipaparkan di dalam sebuah skrin pada suatu masa yang sama.






BIDANG PERNIAGAAN.
Teknologi yang relevan boleh memberikan impak positif jika digunakan dalam sesebuah perniagaan. Selain menjadi komponen penting dalam perniagaan, perhubungan harmoni di antara teknologi dan perniagaan harus diwujudkan. Malah, jika penggunaan teknologi diabaikan, perniagaan akan hilang daya saing samada di peringkat tempatan dan global.
Merujuk kepada kelebihan teknologi ,wujud angin perubahan dari segi persaingan samada dalam dan luar negara. Jadi, syarikat perlu menggunakan teknologi untuk meningkatkan hasil, mengurangkan kos operasi, meningkatkan kepuasan pelanggan, rakan kongsi dan pekerja. Selain membantu dalam peningkatan hasil, penggunaan teknologi juga dapat mengembangkan capaian ke negara lain apabila wujudnya teknologi canggih seperti Internet dan e-dagang. Persoalannya sekarang, bagaimana teknologi boleh digunakan pakai untuk membantu perniagaan menjadi lebih cekap.
Bagaimanapun, reliti kejayaan sesebuah perniagaan tidak tertakluk kepada teknologi semata-mata. Namun, syarikat perlu mempunyai asas perniagaan yang baik dalam ekonomi baru kerana model perniagaan yang baik dari segi kewangan akan berjaya. Teknologi pada asasnya hanya membantu dan pengusaha tidak boleh lari daripada kenyataan bahawa perniagaan perlu asas dan model yang baik. Contohnya, model terbaru seperti 'brick and click' sekali pun perlu asas perniagaan yang baik untuk dijalankan. Jika tiada model perniagaan yang baik untuk digabungkan dengan inovasi dan teknologi pintar, maka perniagaan itu tidak akan berjaya.

Thursday, January 8, 2009

CCT2013


Assalamualikum dan salam sejahtera pembuka bicara. Hai, saya Wany.Nama diberi Norhazwany Binti Abdul Rani. Saya berasal dari negeri Kedah Darul Aman. Saya menetap di bandar Sungai Petani Kedah. Saya dilahirkan pada 26 Januari 1987. Saya dibesarkan dalam keluarga yang amat sederhana. Saya mempunyai seorang adik lelaki yang kini belajar dalam tingkatan 4. Saya mendapat pendidikan awal di Tadika Kemas, Sg. Buluh, Selangor ketika berusia 5 hingga 6 tahun. Pada tahun 1994, saya dan keluarga berpindah ke negeri Kedah Darul Aman kerana ayah saya bersara dari perkhidmatan angkatan tentera. Saya mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Tunku Ismail dari darjah satu hingga darjah enam. Seterusnya, saya menyambung pelajaran ke Sekolah Menenengah Kebangsaan Tunku Ismail dari tingkatan satu hingga tiga. Seterusnya, saya menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Teknik Lebuhraya Alor Setar dengan mengambil jurusan kejuteraan awam. Selepas tamat tingkatan 5, saya bekerja sebagai "public relation" di The Store Sp Plaza selam 5 bulan. Seterusnya, saya menyambung pelajaran ke tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pasir. Semasa di tingkatan 6, saya mengambil subjek ekonomi, sejarah, pengajian am dan bahasa melayu. Alhamdulilah, selepas mendapat keputusan STPM saya berjaya menyambung pelajaran ke menara gading. Kini, saya belajar di Universiti Utara Malaysia dalam jurusan ijazah komunikasi dan bahasa moden. Pada mulanya, saya tidak minat dalam jurusan komunikasi kerana saya berhasrat untuk mengambil jurusan pendidikan di UPSI. Malangnya, rezeki saya pada ketika itu tidak ada untuk mendapat panggilan temuduga untuk menjadi seorang guru. Sebaliknya, saya mendapat membuat ujian Medsi.Tetapi, saya bersyukur kerana saya dapat melanjutkan pelajaran ke universiti. Kini, saya sudah pun masuk tahun kedua di UUM. Disini bermulah kehidupan baru saya sebagai seorang pelajar universiti yang dahulunya hanya menjadi angan-angan ,tapi kini sudah menjadi kenyataan. Segala onak dan duri telah pun saya tempuhi sebelum memasuki universiti. Selama 4 semester dalam jurusan komunikasi saya berasa seronok dengan jurusan ini kerana pelbagai ilmu telah pun saya pelajari. Akhir kata, terima kasih kepada kawan - kawan yang banyak membantu saya, dan tidak lupa juga kepada Pn.Nurin yang telah banyak memberi ilmu kepada saya tentang media integratif. Sekian, wassaalam..........